Majlis Bioetika Negara Ditubuh, Tangani Isu Etika Dalam Kajian Sains
Tuesday, 22 May 2012
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=667776
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Majlis Bioetika Negara (MBN), yang dilancarkan Selasa berperanan memberi khidmat nasihat dan menangani isu-isu melibatkan etika dalam kajian dan aplikasi sains dan teknologi berasaskan bio.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata ia juga bertujuan mempromosi budaya etika dalam perkembangan sains dan teknologi agar tidak memberi implikasi bertentangan terhadap nilai-nilai moral dan kemanusiaan, khususnya melibatkan aspek persekitaran, sosial, kesihatan, kebudayaan, perundangan dan keagamaan.
"Perkara utama dalam terma rujukan majlis ini adalah pembudayaan bioetika dan juga penyebaran kefahaman terhadap isu-isu bioetika kepada semua lapisan masyarakat termasuk para saintis sendiri.
"Walaupun tumpuan pada amnya adalah kepada teknologi dan aplikasi seperti isu-isu berkait stem sel, organisma diubahsuai secara genetik, uji kaji haiwan dan biologi sintetik, fokus dan tumpuan juga harus diberi kepada isu-isu integriti dan perkara-perkara berkaitan yang melibatkan konflik kepentingan," katanya ketika melancarkan MBN itu di sini, Selasa.
Ongkili berkata penubuhan majlis itu juga dilihat sebagai pelengkap kepada badan-badan berkaitan dengan etika sains dan perubatan seperti Majlis Biokeselamatan Negara dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA







![]() | Today | 236 |
![]() | This week | 236 |
![]() | This month | 7539 |
![]() | last month | 18257 |