4 kementerian teliti isu uji kaji haiwan
Tuesday, 29 June 2010
Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 28 Jun - Empat kementerian dipertanggungjawabkan untuk meneliti isu penggunaan haiwan hidup bagi tujuan penyelidikan farmaseutikal di negara ini.
Empat kementerian tersebut ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi; Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan turut mengalu-alukan pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan isu tersebut.
"Kerajaan akan mengumpulkan pandangan daripada semua pihak termasuk NGO, kita bagaimanapun berharap mereka akan menghormati sebarang keputusan akhir yang dibuat.
"Wakil dari keempat-empat kementerian telah bersetuju untuk meneliti isu ini, perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan dan pameran mengenai sistem maklumat geografi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Kerajaan negeri Melaka sebelum ini dilaporkan meluluskan pembinaan sebuah kilang dan makmal farmaseutikal melalui perjanjian bersama dengan sebuah syarikat bioteknologi dari India.
Beberapa NGO bagaimanapun menentang makmal itu kerana ia bakal menggunakan monyet yang diimport untuk tujuan uji kaji farmaseutikal.
Wakil daripada NGO baru-baru ini telah berkumpul di pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur untuk menentang amalan uji kaji menggunakan haiwan.
< return to the What’s in the news





![]() | Today | 35 |
![]() | This week | 35 |
![]() | This month | 3463 |

Sharifah Najmi Binti Shariff Abdul Aziz
03-8885 8318
shnajmi [at] mosti.gov.my