• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Tiada masalah masih ikut jadual

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

What’s in the news

Tiada masalah masih ikut jadual

Tuesday, 25 May 2010

Utusan Malaysia

 

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan masih menunggu 50 peratus lagi hasil projek penyelidikan bioteknologi bernilai lebih RM100 juta untuk dipamerkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Ini kerana kerajaan mahu memastikan 2011 menjadi tahun pengkomersialan bagi semua projek-projek penyelidikan tersebut sebelum disambung dengan fasa projek penyelidikan yang seterusnya.

Setiausaha Bahagian (Bioteknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman berkata, geran kerajaan bernilai lebih RM300 juta sudah habis diagihkan melalui Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9).

Katanya, pihaknya kini hanya menunggu hasil penyelidikan ke semua projek tersebut.

"Sekarang, kami masih menunggu lagi 50 peratus hasil projek penyelidikan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat bioteknologi dan institut pengajian tinggi awam dan yakin ia dapat disiapkan mengikut jadual,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Bioteknologi Kebangsaan Ke-15 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Bhd., Ir. Yahaya Ahmad bagi menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar negara.

Sebanyak 249 projek penyelidikan bioteknologi akan dipamerkan pada seminar tersebut.

Ia merupakan 50 peratus daripada projek penyelidikan yang dibiayai di bawah program E-Science pada waktu Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bernilai lebih RM100 juta.

Ketika ditanya sama ada pihaknya bimbang berikutan hampir separuh projek belum siap menjelang akhir tahun, Rofina Yasmin berkata, kesemua projek tersebut dalam laluan yang betul.

Katanya, geran bantuan penyelidikan ini dimulakan sejak tiga tahun lalu dan ia diagihkan dengan baik kepada semua projek berpotensi.

''Kami yakin ia akan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan,'' ujarnya.

< return to the What’s in the news

Desk Officer of The Week


Sharifah Najmi Binti Shariff Abdul Aziz
03-8885 8318
shnajmi [at] mosti.gov.my

Research Fundings

Science Fund   Techno Fund   Inno Fund

Cluster Members

Malaysian Biotechnology Corporation Institute of Pharmaceutical & Nutraceutical
Malaysia Genome Institute Agro-Biotechnology Institute
Inno Biologics Group Technology Park Malaysia
Malaysia Technology Development Corporation Malaysian Industry-Government Group for High Technology

MOSTI E-Services

MYNIC Berhad KRSTE.my Weather Library
HRMIS e-Science Fund Brain Gain Malaysia Atomic Energy Licensing Board
Malaysian Standard Online eHCD Inno Exchange MyIdeas

Links

i Positif MSC eKL MyGovernment
Pandu Cermat National IT Council Malaysia National Space Agency CyberSecurity
Institut Integriti Malaysia MySMS SMEinfo KSN
PEMUDAH 1Malaysia BioVoice