• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home MOSTI anjur karnival inovasi sepanjang tahun ini - Ongkili

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

What’s in the news

MOSTI anjur karnival inovasi sepanjang tahun ini - Ongkili

Saturday, 06 February 2010

Bernama

SHAH ALAM 6 Feb. — Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan karnival inovasi sepanjang tahun ini bagi menggiatkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan pihak industri dan pelbagai lapisan masyarakat di peringkat akar umbi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, karnival sedemikian akan diadakan di koridor-koridor pembangunan ekonomi dalam negara dan akan dimulakan di Perlis pada 27 dan 28 Februari ini yang termasuk dalam lingkungan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Program seumpama ini merupakan antara 200 program yang dijalankan oleh 15 kementerian termasuk MOSTI sempena program Malaysia Inovatif 2010 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas, katanya di dalam satu sidang media selepas Majlis Ulang Tahun ke 10 CSL Manufacturing (M) Sdn Bhd di sini, malam tadi.

"Pertandingan akan diadakan secara menyeluruh dengan pelbagai jenis inovasi dan kreativiti termasuk biotek dengan kementerian akan membelanjakan RM1 juta untuk anugerah sepanjang tahun ini.

Ditanya mengenai insentif yang bakal diberikan kerajaan kepada syarikat-syarikat yang kreatif dan inovatif, Dr. Ongkili berkata, kementeriannya sedang merangka Dasar Inovasi Malaysia yang akan merangkumi dasar yang lebih berkesan dan bentuk-bentuk insentif yang bakal diberikan. - Bernama

< return to the What’s in the news

Research Fundings

Science Fund   Techno Fund   Inno Fund

Cluster Members

Malaysian Biotechnology Corporation Institute of Pharmaceutical & Nutraceutical
Malaysia Genome Institute Agro-Biotechnology Institute
Inno Biologics Group Technology Park Malaysia
Malaysia Technology Development Corporation Malaysian Industry-Government Group for High Technology

MOSTI E-Services

MYNIC Berhad KRSTE.my Weather Library
HRMIS e-Science Fund Brain Gain Malaysia Atomic Energy Licensing Board
Malaysian Standard Online eHCD Inno Exchange MyIdeas

Links

i Positif MSC eKL MyGovernment
Pandu Cermat National IT Council Malaysia National Space Agency CyberSecurity
Institut Integriti Malaysia MySMS SMEinfo KSN
PEMUDAH 1Malaysia BioVoice