• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Taman Lembah Bio siap 2011

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

What’s in the news

Taman Lembah Bio siap 2011

Thursday, 07 January 2010

Utusan Malaysia - by : RANIA PARAN

MIRI 6 Jan. - Pembinaan Taman Lembah Bio yang pertama di Universiti Teknologi Kampus Sarawak (Curtin Sarawak) di Senadin merupakan usaha bandar raya ini merintis kejayaan dalam teknologi berkenaan.

Projek yang bermula Disember 2009 dibangunkan oleh kerajaan negeri menerusi Kementerian Pembangunan Industri negeri dan Curtin Sarawak di kawasan seluas empat hektar.

Pembangunan fasa pertama projek itu meliputi kompleks penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta infrastruktur sokongan yang dijangka siap pertengahan tahun depan.

Pro Naib Canselor merangkap Ketua Eksekutif Curtin Sarawak, Profesor Dr. John Evans berkata, Taman Lembah Bio bertujuan menyediakan kemudahan untuk penyelidikan bioteknologi berkaitan pengeluaran tenaga diperbaharui, bio perubatan, farmasi, produk makanan dan alam sekitar.

''Projek ini adalah yang pertama di Utara Sarawak dan amat signifikan dalam menjana sektor R&D, ilmu pengetahuan dan pembangunan industri negeri.

''Ia secara tidak langsung merealisasikan visi kerajaan negeri menjadikan Miri sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan bioteknologi yang berkualiti dan ternama," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Curtin Sarawak akan memastikan setiap hasil penyelidikan bioteknologi adalah berkaitan dengan keperluan pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, kawasan itu akan diuruskan oleh Curtin Sarawak dan kampus induknya di Perth, Australia dalam menyediakan kepakaran dan penyelidik manakala kerajaan negeri akan membantu dari segi penajaan.

Mengulas lanjut jelasnya, pembinaan kompleks R&D itu meliputi bangunan dua tingkat seluas 4,900 meter persegi yang menempatkan makmal, pejabat pentadbiran dan sokongan.

Pembinaan Taman Lembah Bio diilhamkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas tertarik dengan konsep pertama taman teknologi itu di kampus universiti itu di Australia.

''Sebelum ini kerajaan telah mengenal pasti beberapa lokasi di Sarawak namun akhirnya Curtin Sarawak dipilih berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam bidang pembangunan dan penyelidikan," katanya.

Menurutnya, Sarawak amat memerlukan teknologi bio terkini untuk membangunkan antaranya hab halal di Tanjung Manis Mukah.

Katanya, universiti dan institusi pengajian tinggi di negeri ini perlu mempelbagaikan program-program latihan dan pendidikan agar mampu mengeluarkan pelajar mahir dan berpengalaman untuk keperluan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dalam tempoh lima tahun lagi.

''Penubuhan Curtin Sarawak bermula dengan baik dan saya yakin ia boleh membantu membangunkan Sarawak kerana mempunyai visi yang jelas iaitu meningkatkan program-program penyelidikan dan pendidikan untuk membangunkan masyarakat," ujarnya.

Beliau turut berharap agar lebih banyak kemudahan moden dibangunkan di Curtin Sarawak agar ia dapat memainkan peranan lebih besar untuk negeri ini.

Projek lembah bio itu dibangunkan dengan peruntukan berjumlah RM20 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, RM6 juta dikeluarkan oleh Curtin manakala RM6 juta lagi oleh kerajaan Pusat.

Sementara itu, majlis rasmi pecah tanah pelancaran projek lembah bio itu akan diadakan dalam masa terdekat.

< return to the What’s in the news

Research Fundings

Science Fund   Techno Fund   Inno Fund

Cluster Members

Malaysian Biotechnology Corporation Institute of Pharmaceutical & Nutraceutical
Malaysia Genome Institute Agro-Biotechnology Institute
Inno Biologics Group Technology Park Malaysia
Malaysia Technology Development Corporation Malaysian Industry-Government Group for High Technology

MOSTI E-Services

MYNIC Berhad KRSTE.my Weather Library
HRMIS e-Science Fund Brain Gain Malaysia Atomic Energy Licensing Board
Malaysian Standard Online eHCD Inno Exchange MyIdeas

Links

i Positif MSC eKL MyGovernment
Pandu Cermat National IT Council Malaysia National Space Agency CyberSecurity
Institut Integriti Malaysia MySMS SMEinfo KSN
PEMUDAH 1Malaysia BioVoice