• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

MOSTI dengan kerjasama UPM anjur Executive Talk

SERDANG, Isnin – 04 Mei 2009 :- Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Binti Mohamad pagi tadi telah menghadiri Executive Talk (Bioteknologi) – ”Biosecurity, Biodiversity And Plant Genetic Resource” bertempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penggubal dasar, saintis dan penerima dana MOSTI mengenai kepentingan Biosecurity serta implikasinya terhadap negara.

Disamping itu memberi pendedahan dan pemahaman mengenai isu-isu berkaitan dengan perlindungan sumber genetik terutamanya di Australia dan seterusnya dapat mengaitkan dengan penyeldikan di Malaysia.

Seramai 150 peserta terdiri daripada pensyarah universiti, penyelidik tempatan, pelajar universiti dan pegawai-pegawai daripada pelbagai kementerian telah menghadiri program tersebut.

Bagi menjayakan program tersebut pihak penganjur telah mengundang Profesor John Lovett. Beliau adalah pengerusi dalam Lembaga Pengarah kepada Cooperative Research Centre for National Plant Biosecurity. Beliau juga ahli lembaga pengarah dalam beberapa organisasi penyelidikan termasuk sebagai pengerusi Agrifood Awareness Australia Ltd dan Cooperative Research Centre for Greenhouse Accounting.

Dari tahun 1994 hingga Disember 2003, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan kepada Perbadanan Penyelidikan dan Pembangunan Benih (Grains Research and Development Corporation). Sepanjang beliau berkhidmat dalam perbadanan tersebut, initiatif dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan serta teknologi meningkat daripada AUS$30 juta kepada AUS$120 juta setahun untuk pembangunan benih yang baik dan berkualiti tinggi.

Profesor John Lovett juga telah membantu beberapa industri seperti industri benih, daging dan kapas di Australia serta industri tenusu di New Zealand dalam pelbagai aspek termasuk perancangan strategik. Kini beliau adalah Profesor Emeritus di University of New England, di mana dilantik sebagai Chair in Agronomy. Sebelum ini, beliau merupakan Profesor dalam bidang Sains Pertanian di University of Tasmania dan telah menjalankan penyelidikan dengan beberapa negara seperti Indonesia, Finland dan United Kingdom.

Pada tahun 2006, Profesor John Lovett telah dilantik ke Lembaga Eksekutif dalam Global Crop Diversity Trust yang ditubuhkan dengan tujuan untuk melindungi sumber genetik tanaman.

Berucap pada majlis tersebut Datin Madinah berkata bahawa MOSTI juga telah melibatkan diri dalam institusi bioteknologi merangkumi kajian mengenai gen yang membawa kepada penemuan gen baru dalam memberi tumpuan penambahbaikan tanaman kepada minyak palm, kelapa sawit, getah, beras, padi dan beberapa jenis buah tropika.

Selain daripada itu katanya institut-institut bioteknologi juga sedang mengkaji dan mencari jalan untuk menambah nilai tambahan ciptaan bagi penghasilan sumber bio.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Bahagian Kanan Perancangan, Dato, Mat Aron Bin Deraman, Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Mohd Ali Hassan, Ketua Pengarah Institut Agrobioteknologi (ABI) Dr. Hassan Mat Daud, Timbalan Setiausaha Bahagian Bioteknolgi, Encik Ghazali Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat, Cik Rosnah Binti Ab. Malek.

 

Research Fundings

Science Fund   Techno Fund   Inno Fund

Cluster Members

Malaysian Biotechnology Corporation Institute of Pharmaceutical & Nutraceutical
Malaysia Genome Institute Agro-Biotechnology Institute
Inno Biologics Group Technology Park Malaysia
Malaysia Technology Development Corporation Malaysian Industry-Government Group for High Technology

MOSTI E-Services

MYNIC Berhad KRSTE.my Weather Library
HRMIS e-Science Fund Brain Gain Malaysia Atomic Energy Licensing Board
Malaysian Standard Online eHCD Inno Exchange MyIdeas

Links

i Positif MSC eKL MyGovernment
Pandu Cermat National IT Council Malaysia National Space Agency CyberSecurity
Institut Integriti Malaysia MySMS SMEinfo KSN
PEMUDAH 1Malaysia BioVoice